surah20 al-fatihah

Asmaul - husna

Far-East....Cinta Pertama

Nur Kasih

5 perkare Sebelum dtgnyer 5 perkare !


1) Muda sebelum tua
2) Kaya sebelum miskin
3) Lapang sebelum sibuk
4) Sihat sebelum sakit
5) Hidup sebelum mati

:: SeNyuM La... ::

CinTa

Cinta itu sebenarnya suci. Cuma manusia yang mengotorkannya. Kerana cinta lah terhasilnya ULAMA dan para WALI. Cinta itu letaknya di HATI. Bagaimana hati hendak memahami rahsia ALLAH sedang DOSA masih banyak. Hati yang banyak DOSA dikuasai NAFSU.. NAFSU itu berlawanan dengan kehendak ALLAH. ALLAH berserta kamu dimana kamu berada.. katanya, Sesungguhnya AKU sangat hampir. Musibah itu dari ALLAH, utk membersihkan DOSA. Semakin bersih dari DOSA, semakin banyak RAHSIA ALLAH yang diketahui kerana CAHAYA hidayah (NUR) semakin terang.. Hati itu suka yang BATIN Pandanglah mata HATI Akhirat itu lebih baik. Manusia utamakan DUNIA kerana hati dikuasai NAFSU, dipenuhi DOSA. Bersihkan diri dari DOSA, hati akan MERDEKA.. NAFSU akan dikuasai HATI. Bertaubatlah.. Lari dari DOSA menuju ALLAH Selagi Taubat tidak betul, perjalanan pun tidak betul Sifat para wali itu sentiasa bertaubat. Kalau berlarutan dalam dosa, tidak akan faham rahsia ALLAH. ALLAH suka yang GANJIL... Hati yang GANJIL.. Didalam hati cuma ada ALLAH sahaja.. Apabila kau berteman, janganlah kerana kelebihannya, kerana mungkin dengan satu kelemahan, kau akan menjauhinya... Andai kau berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana dengan satu keburukan, kau akan membencinya... Andai kau bersahabat, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kau mungkin akan memfitnahnya... Andai kau berkawan, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak ceria, mungkin kau akan menjauhinya... Andai kau bersahabat, terimalah dia seadanya kerana dia juga adalah manusia biasa sepertimu....

7 tips mudah untuk ceria

1. Hidup bukan sempurna
Kita semua tahu bahawa kehidupan kita bukan selalunya gembira sentiasa, ada kalanya ia membuatkan kita sedih, kecewa dan hampa. Apa yang perlu anda lakukan adalah menerima semuanya dari sudut positif. Simpan dalam minda anda bahawa sesuatu yang pahit itu ada penawarnya, percaya bahawa ada manusia lain di luar sana yang lebih 100 kali menderita daripada kita.

2. Jangan Berdendam

Dendam adalah penyebab utama yang menghalang anda untuk hidup gembira. Tidak kira dengan siapa anda berdendam anda perlu membuangnya. Kebanyakkan daripada kita meletakkan peristiwa pahit yang kita alami disebabkan orang kedua dan sering menyalahkan orang lain yang menyebabkan anda tidak bahagia. Menjadi pendendam menyebabkan anda kehilangan tenaga positif dan memudahkan orang lain mengunakan kelemahan ini untuk menjatuhkan anda.

3. Mencintai dan menghargai
Luahkan perasaan cinta, menghargai persahabatan, menceriakan dan menghangatkan suasana dalam hubungan sesama manusia. Ringankan lidah anda untuk mengucapkan kata-kata penghargaan dan pujian kepada setiap orang disekeliling anda. Dengan bertindak sedemikian, anda akan memperolehi respon yang positif daripada setiap orang yang pernah anda hargai dan puji sebagai balasan.

4. Bekerja dengan gembira.
Anda menghabiskan banyak masa untuk bekerja, oleh itu pastikan anda melakukan sesuatu yang anda gembira lakukannya. Jika anda tidak gembira dengan kerja anda sekarang, kehidupan anda pasti sengsara. Jika kerja tersebut bukan dalam bidang kerjaya yang anda minati, buat satu perancangan yang perlu supaya anda dapat menikmati kerja yang mengembirakan.


5. Jaga Kesihatan
Jika anda inginkan kebahagiaan maka anda perlu menghargai diri sendiri. Kesihatan diri adalah senjata kepada kesihatan mental. Pastikan anda sentiasa berada pada mengamalkan makanan seimbang dan melakukan senaman. Dengan demikian anda akan dapat merasakan satu kekuatan yang penuh dengan tenaga dan semangat untuk menjalani kehidupan dengan lebih gembira.

6. Buat perkara yang anda benar-benar ingin lakukan.

Kita tidak dapat buat semua perkara yang kita inginkan namun kita boleh melakukan sekurang-kurangnya beberapa perkara yang kita inginkan dalam hidup. Lakukan sesuatu yang anda benar-benar ingin lakukan dan berusaha mencapainya agar anda memperolehi kepuasan dan merasai kejayaannya.

7. Rancang hidup dengan baik

Mereka yang mempunyai perancangan dan objektif dalam hidup lebih bahagia daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan hidup. Mudah sahaja kerana jawapannya, mereka ini lebih menghargai setiap masa yang mereka gunakan untuk mencapai setiap matlamat yang mereka rancang.


disini bermulanyer knowledge sy ttg technology....


kenangan ms kt mmce.....mlm terakhir kami dsana....mlm tu ada pristiwa yg xdpt dlupakan iaitu....dpt bgambar dgn fakrul..hehhehehehe.....first time bgmbr dgn lelaki kt kolej...hehhee....

mlm tu smua lcturer naik ats pntas mnyanyi....smuanyer bbkt bebkt belaka......

Bersama Together

Terlanjur Cinta

Aku dan Dirimu