surah20 al-fatihah

Asmaul - husna

Far-East....Cinta Pertama

Nur Kasih

Renungan Sejenak...

Perkongsian dari ana dan sahabat ana=
Dipetik daripada Kitab
Mau'izatul Mu'minin, karya Imam Al-Ghazali
Jika kamu ingin berbual secara
baik dan sopan, maka ikutilah
petunjuk-petunjuk ini :


Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu
dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan
dan kerelaan serta penuh kesopanan
dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu
menampakkan sikap angkuh, sombong
dan berasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu
tapi bukan kerana perasaan kurang
harga diri. Dalam segala hal, letakkan
menurut
ukuran yang pertengahan, sebab
sesuatu yang berlebihan dari segala
macam perkara
itu pasti tidak baik dan tercela.
Jangan gemar melihat di kedua
sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula
banyak
menoleh ke mana-mana. Jangan pula
terlampau tajam memandang orang lain.
Jikalau
engkau duduk, maka janganlah
seolah-olah sebagaimana orang yang tidak
tenang
duduknya dan seperti orang yang
hendak melompat-lompat sahaja.
Usahakanlah supaya dudukmu itu
sentiasa tampak tenang, kata-katamu
selalu teratur
dan tertib. Dengarlah hati-hati
percakapan orang yang ada di mukamu, tanpa
menunjukkan kehairanan yang amat
sangat. Jangan pula engkau biasa meminta
orang
lain mengulangi perbicaraannya.
Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan, maka
diamlah secepat mungkin.
Janganlah dalam bercakap-cakap itu
engkau membanggakan dirimu sendiri,
anak-anakmu, rambutmu,
karangan-karanganmu atau apa sahaja yang
engkau anggap
suatu keistimewaan dalam dirimu
atau keluargamu.
Jikalau engkau berdebat, pegang
teguhlah kesopanan. Janganlah engkau
dianggap
manusia yang bodoh dan tolol oleh
orang lain, terutama oleh lawanmu.
Jauhkanlah
sikap tergesa-gesa, fikirkanlah
masak-masak hujah atau bantahanmu.
Jangan sesekali
berisyarat dengan menggunakan
tangan dan jangan pula suka menoleh ke
belakang.
Jikalau engkau sedang marah,
diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu,
ucapkanlah isi hatimu dengan baik.

Bersama Together

Terlanjur Cinta

Aku dan Dirimu